Peluru artileri Artileri

Peluru artileri terdiri dari tiga bahagian:

  • 1: Fius
  • 2: Peluru
  • 3: Penujah

Fius

Fius mengaktifkan kesan terminal projektile. Secara kasar terdapat dua jenis: hentaman (termasuk gesel dan lewat (delay)) dan letupan udara. Yang terkemudian menggunakan sama ada jangka atau penderia jarak. Apabila digunakan dengan peluru HE, fius letupan udara biasanya mempunyai gabungan fungsi letupan udara dan hentaman. Bagaimanapun, sehingga pengunaan fius peletup penderia jarak eletronik, fungsi letupan udara kebanyakannya digunakan bersama peluru bebanan-sebagai contoh serpihan, pecahaya (illuminating), asap dan peluru biasa dipertingkatkan (improved conventional munitions). Letupan udara HE adalah lebih kuasa membunuh berbanding letupan darat terhadap kebanyakan sasaran. Artileri anti-pesawat berlaras besar hampir sentiasa menggunakan letupan udara.

Kebanyakan fius artileri adalah fius hadapan. Bagaimanapun, fius dasar telah digunakan bersama peluru perobek perisai dan bagi peluru anti kereta kebal kepala penyek (squash head) (HESH or HEP). Sekurang-kurangnya satu peluru nuklear dan versi pemantau bukan nuklearnya turut menggunakan fius jangka masa mekanikal pelbagai dek fius dipasang pada dasarnya.

Fius udara awal menggunakan jangka masa (igniferous) yang berlanjutan sehingga awal pertengahan abad ke-20. Fius jangka masa mekanikal muncul pada awal abad ke-20. Ia memerlukan cara bagi membekal bekalan kuasa kepadanya. Mekanisma Thiel menggunakan spring dan penetap (escapement) (contoh. 'jam'), Junghans menggunakan kuasa centrifugal dan kuasa dan gear force and gears, dan Dixi menggunakan tenaga pemusatan (centrifugal) dan bebola. Menjelang 1990-an, fiuz jangka eletronik telah diperkenalkan.

Fius jarak terdapat dalam dua jenis: foto-eletrik atau radar. Yang pertama kurang berjaya dan kemungkinannya hanya digunakan bagi projektile tidak berpusing artileri anti pesawat British (dalam kata lain, roket) semasa Perang Dunia II.

Fius jarak radar pertama (dikenali sebagai 'VT' bagi variable time merupakan langkah mengaburi keselamatan) yang juga digunakan bagi tujuan anti-pesawat semasa Perang Dunia II. Kegunaan daratnya adalah bagi mengelakkan pihak musuh mendapatkan 'peluru buta' (peluru artileri yang gagal meletup) dan menyalin fiusnya. Fius jarak radar pertama direka bagi meletup pada ketinggian tertentu dari aras tanah, sekitar 30 kaki. Letupan udara ini adalah lebih merbahaya terhadap perseorangan berbanding letupan di darat kerana ia menyebarkan lebih banyak serpihan yang mampu mengenai dikawasan mukabumi di mana tentera yang berlindung akan terselamat dari letupan darat.

Bagaimanapun, fius jarak sering meletup lebih awal disebabkan kelembapan dalam awan hujan yang tebal. Ini mendorong kepada 'jangka pelbagai terkawal (controlled variable time -CVT)' selepas Perang Dunia II. Fius ini mempunyai jangka mekanikal yang menghidupkan radar sekitar 5 saat sebelum dijangka menghentam. Fius pelbagai peranan moden biasanya mempunyai pilihan ketinggian letupan yang boleh dipilih dari 'pemotong daisi - (daisy-cutters)' ke atas, sungguhpun penetapan ini biasanya juga boleh digunakan bagi menangani kilauan tanah melampau (asasnya kandungan jumlah air).

Fius jarak mula muncul di medan tempur Eropah pada akhir Disember 1944. Ia dikenali sebagai "Hadiah Natal" Artileri U.S., dan amat dihargai apabila tiba semasa Pertempuran Bulge. Fius jarak amat berkesan terhadap tentera Jerman di kawasan terbuka, dan dengan itu amat berguna mematahkan serangan Jerman. Fius jarak eletronik merupakan peningkatan lebih baik berbanding fius mekanikal (bukan jarak) yang digantikannya, kerana fius masa memerlukan jangkaan yang tepat tempoh penerbangan kepada sasaran dan terutamanya altitude pada kawasan sasaran. Sekiranya altitude sasaran salah jangka, peluru itu akan menghentam tanah atau meletup terlampau tinggi.

Fius lewat (Delay fuzed)digunakan bagi membenarkan peluru untuk menembusi tanah sebelum meletup. Ini amat berkesan bagi menyerang kubu tanah. Sama juga, fius lewat yang diperkukuhkan digunakan terhadap kubu konkrit. Fius gesel (Graze fuzes) pula dihidupkan oleh pemampaman peluru, sebagai contoh melepasi pelindung ringan yang tidak cukup padat bagi menghidupkan fius hentaman.

Semasa Perang Dunia II kaedah lain letupan udara HE turut digunakan. Tembakan melantun yang menggunakan fius lewat atau gesel ditembak dengan sudut penurunan lurus.

Penstabil peluru

  • Kebanyakan peluru artileri distabil melalui putaran, bererti ia berputar semasa di udara agar kuasa giroskopik menghalang ia dari terhuyung-hayang. Putaran ini didorong oleh laras meriam yang mempunyai pilin yang bersentuh dengan logam lembut yang melilingi peluru, biasanya diperbuat daripada tembaga. Bahan sintetik juga digunakan bsebagai asas dasar peluru - ini dikenali sebagai "gelung pemanduan - driving band" (UK) atau "gelung berputar - rotating band" (U.S.).
  • Begitu juga, projektile laras licin menggunakan ridip dibelakang projektile dalam aliran udara untuk mengekalkan arah. Laras licin secara tradisi digunakan oleh motar, tetapi kini kereta kebal seperti M1 Abrams dan meriam katak seperti meriam katak (" howitzer") G5 turut menggunakannya. Sesetengah projektile, seperti perobek tenaga kinetik (kinetic energy penetrator - KE) kurang berkesan sekiranya berputar, dengan itu peluru sebegini menggunakan laras licin. Projektile dengan ridip berpotensi dikendali selepas ditembak sama seperti peluru panduan jitu (precision-guided munition) jatuhan udara (sebagai contoh Projektile Jitu Excalibur panduan-GPS)

Penujah (Propellant)

Semua bentuk artileri memerlukan penujah bagi melontar peluru kepada sasaran. Penujah sentiasa merupakan bahan letupan rendah, ini bererti ia membakar (deflagrate) dan bukannya meletup, sebagaimana dengan bahan letupan kuat. Peluru itu dipecut pada kelajuan tinggi dalam tempoh pendek oleh gas yang terhasil dari penujah yang terbakar. Tekanan tinggi ini dicapai dengan membakar penujah dalam kawasan tertutup, sama ada dalam ruang laras meriam atau kebuk pembakaran motor roket.

Sehingga akhir abad ke-19 satu-satunya bentuk tujahan merupakan yang diberikan oleh ubat bedil. Ubat bedil mempunyai banyak kelemahan sebagai penujah; ia mempunyai secara perbandingan berkuasa rendah, memerlukan jumlah ubat bedil yang besar bagi menembakkan peluru, dan menghasilkan asap putih yang tebal yang menyelitupi sasaran, menanda kedudukan meriam dan menjadikan pembidikan sukar. Pada 1846 nitroselulos (juga dikenali sebagai kapasmeriam (guncotton)) dijumpai dan nitrogliserin letupan berkuasa tinggi turut dijumpai pada masa yang sama. Nitroselulus lebih berkuasa berbanding ubat bedil dan tanpa asap. Kapas meriam awal tidak stabil dan terbakar dengan cepat dan panas, mendorong kepada laras yang cepat haus. Pengenalan serbuk tanpa asap perlu menanti sehingga ketibaan serbuk dua asas, yang menggabungkan nitroselulus dan nitrogliserin untuk menghasilkan penujah berkuasa, tanpa asap dan stabil.

Banyak formula lain telah dikembangkan dalam dekad berikutnya, secara umumnya cuba mencari ciri-ciri optimum bagi penujah meriam yang baik, suhu rendah, kuasa tinggi, tidak menghakis, amat stabil, murah, dan mudah dihasilkan dalam jumlah yang besar. Secara umumnya, penujah meriam dibahagikan kepada tiga kelas: penujah satu asas yang kebanyakannya atau keseluruhannya terdiri dari asas nitroselulos, penujah dwi asas terdiri dari gabungan nitrosellulos dan nitrogliserin, dan tiga asas terdiri dari gabungan nitrosellulos dan nitrogliserin dan Nitroguanidine.

Peluru meriam yang ditembakkan dari laras boleh dibantu bagi jarak lebih jauh melalui tiga cara:

  • projektil dibantu roket (RAP - rocket assisted projectiles) meningkat dan mengekalkan pecutan projektil dengan memberikan tujahan tambahan dari motor roket kecil yang merupakan sebahagian dari asas projektil.
  • Asas haus (Base bleed) yang menggunakan letupan pyrotekhnik kecil pada asas projektil bagi memberikan pembakaran mencukupi pada bahagian tekanan rendah di dasar projektile bertujuan mengurangkan heretan.
  • bantuan ramjet, sama seperti bantuan roket tetapi sebaliknya menggunakan ramjet dan bukannya motor roket.

MRSI

Ini adalah versi moden bagi konsep "Tempoh ke Sasaran" terdahulu dalam mana tembakan dari senjata berlainan ditempoh agar sampai ke sasaran pada masa yang sama. Ia kini mungkin bagi artileri kawalan komputer moden bagi menembak lebih dari satu bedilan pada sasaran tetapi masih membolehkan kesemua pelurunya sampai secara serentak, melalui apa yang dikenali sebagai MRSI (Hentaman Serentak Banyak Bedilan - (Multiple Rounds Simultaneous Impact)). Ini adalah kerana terdapat lebih dari satu trajektori bagi peluru untuk sampai kepada sabarang sasaran —biasanya satu di bawah 45 darjah dari kaki langit (horizontal) dan yang lain di atasnya, dan sekiranya anda dapat membezakan jumlah penujah dengan setiap peluru, anda mampu menghasilkan lebih banyak terjektori. Disebabkan trajektori tinggi menyebabkan peluru terbang lebih tinggi di udara, ia mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke sasaran dan dengan itu sekiranya peluru ditembak pada sasaran sebagai bedilan pertama (bermula dengan peluru paling banyak penujah dan semakin kurang) dan selepas berhenti seketika yang tepat lebih banyak bedilan ditembak pada trajektori lebih rendah, kesemua peluru akan tiba paa sasaran pada masa yang sama. Ini amat berguna kerana lebih banyak peluru boleh mendarat pada sasaran tanpa amaran. Dengan bedilan tradisi pada trejektori yang sama, sesiapa pada kawasan sasaran akan mempunyai tempoh masa yang sama (berapa lama masa diambil bagi mengisi dan menembak semula meriam) untuk berundur atau mencari perlindungan antara bedilan. Tambahan lagi, sekiranya meriam pada kedudukan lebih dari satu menembak pada satu sasaran, dengan penyelarasan masa yang teliti, ia boleh diatur agar kesemua peluru mereka akan mendarat pada masa yang sama bagi tujuan yang sama.

Contoh meriam MRSI adalah Denel G6-52 Afrika Selatan (yang mampu mendaratkan enam bedilan serentak pada sasaran sekurang-kurangnya 25 km jauhnya) dan Jerman Panzerhaubitze 2000 (yang mampu mendaratkan lima bedilan serentak pada sasaran sekurang-kurangnya 17 km jauhnya). Projek Archer (Dibangunkan oleh Sistem-BAE di Sweden), meriam katak 155 mm pada rangka beroda mendakwa mampu melancarkan sehingga 7 bedilan pada sasaran secara serentak dari meriam yang sama. Sistem motar AMOS, dibangunkan di Finland, motar laras berkembar 120 mm mampu melancarkan 14 peluru MRSI. Program Crusader Amerika Syarikat (kini dibatalkan) dicadangkan untuk memiliki keupayaan MRSI.

letupan udara

Ciri tambahan turut boleh digunakan apabila sebahagian atau kesemus peluru meriam diset untuk letupan udara, bererti ia meletup di udara di atas sasaran dan bukannya apabila menghentam. Ini boleh dilakukan sama ada melalui fius masa atau fius jarak. Fius masa menggunakan penjangka masa yang tepat bagi meletupkan peluru dalam tempoh tertentu selepas ditembakkan. Malangnya, teknik ini sulit dan sedikit perbezaan dalam fungsi fius mampu menyebabkan ia meletup terlalu tinggi untuk berkesan, atau mengenai tanah dan bukannya meletup di atasnya. Semenjak Disember 1944, peluru artileri fius jarak boleh digunakan dan menyinkirkan tekaan dalam proses ini. Peluru ini mengandungi pemancar radar lemah yang kecil dalam fius bagi mengesan tanah dan meletupkannya pada jarak tertentu di atasnya. Pantulan isyarat lemah radar melengkapkan litar eletrik dalam fius yang meledakkan peluru tersebut.

Teknik ini amat berkesan terhadap tentera pejalan kaki dan kenderaan ringan, kerana taburan serpihan peluru melitupi kawasan yang luas dan menghalang ia dari dihalang oleh muka bumi atau perparitan yang tidak mempunyai halangan atas kepala yang kukuh. Digabung dengan taktik Tempoh di Atas (Time On Top - TOT) atau MRSI yang tidak memberikan amaran peluru yang jatuh, peluru ini amat berkesan kerana ramai tentera musuh akan terperangkap di kawasan terbuka. Ini lebih berkesan sekiranya serangan ini dilancarkan keatas tempat perkumpulan atau tentera yang bergerak di kawasan terbuka dan bukannya pada unit yang dalam kedudukan perparitan taktikal.

Menjelang Perang Dunia II pembangunan senjata berdekat malah berabad lamanya menjadi semakin matang; sains balistik dan kimia letupan telah mencapai kesempurnaan berdasar teknologi masa itu. Boleh dikatakan pembangunan baru yang penting adalah peluru sabot dan peluru peletup lopong (hollow-charge projectile), kedua-duanya agak penting semasa Perang Dunia II."[2]